Rabu, 31 Ogos 2016

Assalamualaikum Semua,

Tetiba rasa nak berblog lah pula...Insya-Allah saya akan aktif semula lepas ini..Tunggu..

                               

My favorite character



Sabtu, 14 Februari 2015

Azam tahun 2015 siri 1

Nama sebenar Uppa, Azman...dalam buku panduan nama2 bayi (versi bahasa melayu) bermaksud cita2. Tapi masa Uppa gi UK, orang arab semuanya x setuju Azman bermaksud cita2. Azman means nothing dalam bahasa arab. Jadi, takrifan azman yang memberi erti cita2 hanyalah salah fahaman orang melayu kepada bahasa arab.

So at least, anak pertama bernama azzam. Jadi memberi takrifan yang lebih tepat dalam bahasa arab... yang bermaksud cita2.

Azzam Uppa tahun seperti biasa memfokus kepada peningkatan amalan akhirat (ibadah khusus) dan peningkatan penerbitan jurnal bertaraf ISI Web of Knowledge.

Jurnal ISI ni merupakan penerbitan bertaraf antarabangsa di dalam dunia akademik dalam pelbagai bidang. Bidang Uppa sudah semestinya bidang kimia. Takkan bidang sejarah kot walaupun Uppa minta bidang sejarah. Jadi, kalau nak menghasilkan jurnal ISI ni, penulisan research Uppa mestilah first class. Last year Uppa dapat hasilkan 3. Uppa harap tahun ni boleh dapat 5. 1 jurnal dah dihantar utk review, 1 dah ada result dan tinggal tulis...lagi 3, kena usaha utk tulis. Sedikit masalah teknikal jurnal ni lak, sekali hantar ke mana2 penerbit...diorang akan ambik masa dalam 4 bulan sebelum tahu paper itu diterima atau direject. So, last month utk hantar semua paper adalah before ogos tahun ni kalau nak dapat penerbitan 2015. So, tinggal 6 bulan je dari sekarang.... Ganbatte Uppa!

Ibadah khusus pulak, Uppa cuba penumpuan bagi memastikan ibadah khusus Uppa buat istiqamah. Ibadah target, 1. solat duha, 2. bacaan alquran at least one page a day, 3. solat berjemaah 5 waktu sehari, 4. sedekah paling kurang RM 2 sehari, 5. Dalam sebulan kena target ziarah secara mara at least sekali sebulan.

So kira fair lah kan. 5 paper ISI dan 5 ibadah khusus. Insyaallaha Uppa akan share azzam Uppa yang lain :-)


Selasa, 3 Februari 2015

Dari Proton Saga ke Honda city

Alhamdulillah, setelah sekian lama menggunakan kereta merah proton saga aerobek, Uppa telah dapat tukar ke kete honda city.

Motivasi utk tukar kereta ni bukanlah disebabkan utk bergaya tetapi lebih kepada faktor ekonomi yang agak mendesak. Sebelum tukar kete, kete proton tu dah 3 kali break down kat atas jalan!. 

Kali pertama breakdown masa bawak kete atas federal highway. Satu petang tu lepas linda selesai rawatan rutin ke PPUM, tetiba dalam 50 meter sebelum pintu gerbang Selangor-KL...kete proton tu mati tgh kesesakan lalulintas di lane tengah dalam kul 4 ptg. Masa tu tgh hujan lebat. Sebelum tu, kete tu mmg ada problem nak start pasal starter yang hubung enjin dan bateri problem. Tapi x sangka lak nak mati atas highway dengan isteri dan semua anak2 onboard huhuhu. 

Then, Uppa pun buat TSM (Tindakan Serta Merta) dengan keluar dari kete dgn hujan lebat lepas on hazard light. First keluarkan segi tiga dari bonet kete dan letak dalam 3 meter dari kete. Tapi tak guna pun pasal kete kat belakang pakai langgar je segi tiga tue. Tanpa buang masa, Uppa pun tolak lah kete sorang2 sambil linda cuba masukkan gear dan hidupkan enjin kete.Uppa tolak kete dari lokasi tu sampailah nak sampai simpang nak masuk UM. Jauh tul Uppa tolak sorang2...macam bionix 6. Dah lah uppa ada athsma. But somehow Uppa diberi kekuatan utk menolak kete merah dalam keadaan hujan lebat....

Nasib baik masa tu Uppa ada kawan, Aminul ariffin yang masa tu berada di UM...dia dan Uppa tolak kete menaikki bukit sampai kete tu boleh hidup. Nak turun bukit x leh pasal lawan arus....it was a madness experience.

2nd time kete mati kat rumah, so not too bad sangat lah...pomen datang rumah dan boleh bawak kete ke bengkel.

3rd time lak, kete mati kat simpang nak keTeknologi Park Malaysia dari arah seri kembangan. Masa tu kul 10 malam dalam penghantaran 1000 cup cake linda utk diserahkan kepada customer. Lepas dapat serahkan cupcake di tepi jalan dengan jayanya dan tunggu hampir sejam, barulah dapat tow kete. 

Kete mati kali pertama hingga ketiga tu semuanya pasal starter engine problem...mmg haru tul... rasanya mau hampir 2K habis kat kete tu just to make get the car started....x masuk kos routine service. 

After that, in 2014 kete merah tu dapat hidup dengan bahagia lepas hampir 2 tahun merana. Sebelum tu, kete tue lah hantar azzam ke sekolah, hantar linda ke tempat kerja di bangi / kajang dan aku guna gi ke sekolah (UM). Mileage hampir 150 km Sehari, manalah x bengkok kete merah tu.

Mulai tahun 2014, linda ada kete viva baru..So, stress kete merah tu berkurangan dengan drastik. Some how, kete tu mati lagi atas jalan masa kitorang nak gi ke endah parade kul 9 malam..Kat traffic light simpang dari bukit jalil ke kesas highway. Rupanya, cluth cabel putus....So, kenalah uppa sekali lagi tolak kete ke tepi. Nasib baik masa tu malam...So, x lah busy sangat jalan dan x berpanasan menolak kete merah....from this point, Uppa berazam utk tukar kete yang more reliable...tak tau lepas ni, apakah kerosakan yang mungkin timbul. Memanglah tinggal beberapa bulan lagi nak habis bayar pinjaman kete tu tapi kalau asyik rosak je...mmg pokailah Uppa huhuhu.Sincee then, Uppa pun berazam lah utk tukar kete...kete yang jadi pilihan ialah kete yang ada rebat RM 3K, honda city.

Uppa jual kete merah tu dalam RM 2K je memandangkan kete tu pernah accident yang menyebabkan kerosakan pada sisi depan dan atas kete...kete tu pernah accident masa Uppa kat UK, terlanggar lembu.

Dapat let go kete tue pun dah kira bersyukur pasal ada jugak kerisauan yang kete tu x lepas puspakom pasal kete tu ada tanda sedikit kete potong disebabkan kemalangan yang pernah dialami oleh kete tu.

Walaubagaimanapun, Uppa nak ucap terima kasih atas  perkhidmatan kete merah dari 2006 hingga 2007 dan 2011 hingga 2014. Ramai orang kata, kete Uppa tu warna oren pasal warna merah kete yang pudar setelah hampir 9 tahun. Walaupun sempat 5 tahun bersama kete tu, besar jasa kete merah tu. sentimenal lak Uppa huhuhu....

Kalau nak beza pemanduan kete honda dan saga,mmg macam langit dan bumi pasal kete honda tu automatic dan proton saga tu manual. Senang cikit jalan masa jem..pemanduan lebih selesa tapi bayar dengan bank lebih cikit...dalam RM 800 lebih sebulan for 9 years...hutang lagi....huhuhu





Sabtu, 31 Januari 2015

Ragam bulan january

Sudah lama tidak berpeluang menulis blog. Tahun baru mestilah azam baru kan....

The truth is Uppa cuba merealisasikan azam yang sepatutnya dibuat tahun 2014, yang gagal dilakukan pada tahun 2013 dan telah dirancang sejak tahun 2012 hehehe

Teruk betul Uppa ni, namanya je pensyarah...harapnya tahun 2015 yang tinggal berbaki 11 bulan dapat memberi suatu perubahan baharu yang memberi keuntungan di dunia dan akhirat.

Bulan januari ni penuh dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku.  Kalau nak cerita satu2, nanti pembaca boring lah pulak hahaha...but Uppa akan share dengan semua orang dalam posting akan datang.

Kali ni Uppa akan share satu kursus yang Uppa datang kat UM. Tahun lepas, Uppa datang kursus kaunselor Hushim, pasal macam ne nak majukan kerjaya dan family anjuran UM. kursus free tue dibuat straight 4 hari. Tahun ni kursus tu x de lah pulak hahaha....mahal kot kursus tu kalau nak buat setiap tahun.

Jadi, tahun ni Uppa datang kursus yang tiada kaitan dengan kerjaya dan family Uppa, tapi datang kursus yang ada kaitan dengan hobby Uppa hahaha...korang nak tahun apa...Uppa datang kursus game dan macam nak plan buat game. Kursus tu dibuat selama 4 hari...

Kursus ni anjuran kementerian kebudayaan jepun dibuat kat UM dan MMU bagi mendedahkan kebudayaan j-pop dan kempen melawat jepun tahun ni. Kat UM buat kursus pasal game manakala kat MMU ada kursus pasal anime.

Best kan hehehe..hari pertama dan kedua tu diorang sembang pasal semua jenis game dan konsul jepun. Game yang Uppa tak pernah dengar dan tahu pun, Uppa sekarang dah tahu. Orang jepun rupanya suka sangat game RPG (role playing game) pasal gameplay yang panjang dan suka jalan cerita yang menarik dan boleh ditentukan oleh pemain. So, game yang selamanya popular di jepun ialah game final fantasy dan dragon quest.

Disebabkan sensei kursus ni orang jepun dan x leh cakap enggeris, jadi setiap kali sensei tu cakap dalam 2 hingga 3 minit, adalah translator cakap dalam bahasa inggeris. First time datang kursus macam ni...tapi x kisah pun...content sensei tu bagus

Sepanjang Uppa berkursus game, Uppa seorang je peserta berstatus pensyarah hehehe...malu gak cikit...pasal semua peserta yang berjaya dapat sijil (menamatkan kursus) adalah student undergraduate hahaha...Diorang sampai sebut title "Dr" lagi masa panggil nama Uppa time ambik sijil. hahaha..sabo je lah.

Masa kursus tu Uppa masuk dalam group undergrad dari fakulti bahasa. Dalam group tu ada 3 orang; Uppa, sue (orang cina) dan adilah. Sue dan adilah student 2nd year fakulti bahasa yang ambik course linguistik bahasa inggeris. Sue dan adilah ni sangat rapat pasal satu batch satu course 9 orang rupanya. Patutlah rapat sangat adilah dan sue...bagus tul diorang. Barulah nampak kemesraan antara student melayu dan cina.

Secara keseluruhannya Uppa enjoy kursus ni...tapi Uppa paksa group Uppa supaya tak panggil Uppa "Dr". X selasa lah pasal nak kurangkan gap dan supaya kitorang lebih mesra.

Okay...until next time...

Rabu, 9 April 2014

Perasaan semasa lulus akad nikah dan lulus viva PhD


Apa khabar semua,

Lama susah tak berblog..ini pun ada masa free skit pasal budak universiti tgh cuti semester...walaupun cuti keje tetap bertimbun pasal soalan exam tak sentuh / buat lagi, laporan muktamar cawangan tak terfikir lagi nak wat cam ne huhuh....ingat hari nie nak jumpa student Master dan PhD je dan fokus utk diorang je hari ini. Esok baru fokus benda lain.

tadi baru tgk pernikahan seorang kenalan FB: https://www.facebook.com/fadzila.allana
Photo: Selamat pengantin baru...Fadzila Allana....semoga berbahagia sehingga ke jannah...sayang kamu...
dia dan suami baru kahwin last week....bagus gak dia letak upacara pernikahan facebook...untuk memperingatkan yang uppa sebenarnya dah lama kahwin hahahaha....

siap dah ada 3 orang anak...selama ini uppa asyik sibuk hal sendiri je. dah lapan tahun mengucapkan lafaz nikah....

Semasa bulan febuari 2006, uppa dipaksa oleh saksi dan jurunikah utk lafaz nikah beberapa kali pasal lafaz uppa sangkut dan tak confident. Masa rehearsal akad nikah dengan pendaftar nikah, lancar je ucap lafaz nikah. sebelum tue pendaftar nikah tanya rukun nikah...tetiba uppa blank....malu siot.

Bila upacara lafaz nikah yang sebenar, bapak mentua yang sambut tangan uppa. tetiba uppa rasa blank dan kepala uppa rasa macam semua ini macam mimpi dan unreal!. bila first ucap lafaz nikah, uppa tak boleh nak sambut lafaz tue seolah-olah macam terkedu dan tak leh nak cakap...first attempt FAILED!

second attempt, bapak mertua suh kawan, hafiz kadir pegang bahu uppa dan uppa boleh ucap lafaz nikah tetapi tanpa penghayatan...seolah-olah lafaz nikah uppa tue macam orang lain je yang cakap. uppa cakap sangat laju lafaz nikah...saksi kata A-gain

third attempt, sekali lagu hafiz kadir pegang bahu uppa dan uppa lafaz ucapan nikah dengan sedikit perlahan tetapi agak susah untuk uppa menghayati lafaz nikah tue...tahu-tahu je dah habis lafaz nikah..fuh...janji LULUS, Alhamdulillah.

Perasaan sama masa akad nikah tue muncul balik selepas uppa habis viva PhD, September 2012. Lepas habis viva PhD, uppa disuruh untuk keluar sekejap bagi membolehkan pemeriksa bermesyuarat. Lepas dalam 5 minit, uppa disuruh masuk ke dalam bilik peperiksaan dan secara tiba-tiba pemeriksa (ada 2 orang pemeriksa) ucapkan tahniah dan mula panggil Dr. Azman Maamor.  What? sekali lagi uppa terkedu dan suasana kat situ macam mimpi..tak tahu nak kata ada...Again, uppa ucap syukur Alhamdulillah...janji LULUS


Saje nak tunjuk jubah graduate PhD Queens University of Belfast..Uppa tak dapat rasa grade kat UK pasal duit ke UK tak ade huhuhu

Ahad, 8 Disember 2013

Tabiat membaca buku dalam tandas


Apa khabar semua,

Uppa nak share sikit kegiatan tak senonoh uppa yang sekarang nie jadi tabiat yang tak leh nak buang especially lepas balik malaysia.

"tabiah membaca buku dalam tandas" hehehhe

sejak 2012 uppa amalkan, dah lebih 10 buku / novel non-fiction uppa habiskan huhuhu....buku yang bukan berkaitan dengan kimia atau agama....semua buku pasal perang dan tragedi je..

nak tahu kenapa tak senonoh....pasal :

1. masa banyak diperlukan untuk membuang air kecil/besar pasal x fokus
2.  uppa akan sering ke toilet pasal nak habiskan buku tue hehehehe...walaupun tak rasa nak buang air
3. buku uppa baca tak memberi impak kepada akademik uppa..pensyarah kan...mesti kena baca pasal akademik utk naikkan taraf hidup, kalau tak bukan pensyarah rupanya hahahah

nak tahu kajian wartawan pasal tabiat membaca semasa berak atau kencing, boleh baca artikel nie hihihi
http://www.theguardian.com/books/booksblog/2011/oct/21/reading-on-the-loo-study



maksudnya bukan uppa sorang je yang gemar membaca sambil buang air. ada kawan uppa tue (nama dirahsiakan) boleh declare kat FB, bangga dapat menghabiskan baca novel dalam bilik air hahahaha...

uppa tak de lah nak wat cam tue....suka hari orang tue lah

lepas nie mungkin uppa nak kupas buku yang uppa baca dalam blog kot....utk jadi tatapan pembaca hahaha

sampai berjumpa lagi xoxoxox


Sabtu, 3 Ogos 2013

A'salam,

Lama tul uppa tak mengarang..huhuhu....ntah hapa ntah yang disibuknya....sekarang nie bulan Ogos...lebih kurang dalam sebulan lagi semester nak mula huhuhu...pressure, pressure...

Publication pun belum ada....teruk tul lah..... As many said before :

Yesterday is history, tomorrow is mystery ....today is a gift....that's why people call it as "present" .....what ever you do today will dictate your future....either you're going to get Senior Lecturer huuhuhu...or if you're dead...it will decide either you're qualified to enter Allah's heaven or Allah's hell...kalau hell tue nauzubillah himinzalik.....

So far sepanjang bulan posa nie, uppa agak sibuk dengan program NGO hihii..last week ziarah orang OKU, ziarah orang canser stage 4, ziarah orang lumpuh dan mangsa kebakaran....kesian tul diorang nie.... masa nie baru terfikir betapa bertuahnya aku....last year uppa ziarah gak orang yang ada canser stage 4, arwah adalah penulis buku yang aktif dengan menggunakan nama pena Imran Yusof.

Arwah meniggal dunia dalam hujung tahun 2012....seorang aktivis Islam yang aktif sehingga beliau disahkan menghidapi kanser....

tengok...banyak tak buku dia...arwah berada di sebelah kiri buku.....Uppa mendoakan semoga roh arwah berada di sisi orang yang soleh..Amin

Al-fatihah