Sabtu, 14 Februari 2015

Azam tahun 2015 siri 1

Nama sebenar Uppa, Azman...dalam buku panduan nama2 bayi (versi bahasa melayu) bermaksud cita2. Tapi masa Uppa gi UK, orang arab semuanya x setuju Azman bermaksud cita2. Azman means nothing dalam bahasa arab. Jadi, takrifan azman yang memberi erti cita2 hanyalah salah fahaman orang melayu kepada bahasa arab.

So at least, anak pertama bernama azzam. Jadi memberi takrifan yang lebih tepat dalam bahasa arab... yang bermaksud cita2.

Azzam Uppa tahun seperti biasa memfokus kepada peningkatan amalan akhirat (ibadah khusus) dan peningkatan penerbitan jurnal bertaraf ISI Web of Knowledge.

Jurnal ISI ni merupakan penerbitan bertaraf antarabangsa di dalam dunia akademik dalam pelbagai bidang. Bidang Uppa sudah semestinya bidang kimia. Takkan bidang sejarah kot walaupun Uppa minta bidang sejarah. Jadi, kalau nak menghasilkan jurnal ISI ni, penulisan research Uppa mestilah first class. Last year Uppa dapat hasilkan 3. Uppa harap tahun ni boleh dapat 5. 1 jurnal dah dihantar utk review, 1 dah ada result dan tinggal tulis...lagi 3, kena usaha utk tulis. Sedikit masalah teknikal jurnal ni lak, sekali hantar ke mana2 penerbit...diorang akan ambik masa dalam 4 bulan sebelum tahu paper itu diterima atau direject. So, last month utk hantar semua paper adalah before ogos tahun ni kalau nak dapat penerbitan 2015. So, tinggal 6 bulan je dari sekarang.... Ganbatte Uppa!

Ibadah khusus pulak, Uppa cuba penumpuan bagi memastikan ibadah khusus Uppa buat istiqamah. Ibadah target, 1. solat duha, 2. bacaan alquran at least one page a day, 3. solat berjemaah 5 waktu sehari, 4. sedekah paling kurang RM 2 sehari, 5. Dalam sebulan kena target ziarah secara mara at least sekali sebulan.

So kira fair lah kan. 5 paper ISI dan 5 ibadah khusus. Insyaallaha Uppa akan share azzam Uppa yang lain :-)


1 ulasan:

  1. Ayokk, dah lama baca, Tp xsempat nk komen..
    Singgah lg, tinggal jejak, hehe.

    BalasPadam