Rabu, 27 Julai 2011

Blogging kembali




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, buat masa ini barulah uppa berkesempatan menulis blog setelah hampir genap 3 minggu pulang ke Malaysia. pejam-celik, dah lama gak uppa kata Malaysia. Gambar paling tue gambar kete uppa sekeluarga yang telah digunakan selama 3 tahun semasa berada di UK. Uppa sayang sangat kereta tue walaupun selalu ada masalah break. enjin dan body kereta tue bagus sangat....tapi apa kan daya, mmg tak larat uppa nak bawak ke Malaysia. Apa nak buat, terpaksa lah uppa melupuskan kereta tue sebelum balik Malaysia.

(gambar di atas: Naem,Sabaruddin,Uppa, Ustz Nabir, Faez, dan yg mengambil gambar, Amin kasturi)

Uppa juga nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat di atas kerana sudi menghantar kami sekeluarga dari rumah ke Belafast City Airport...memang sedih tinggalkan BElfast especially dengan kerja PhD yang belum siap lagi huhuhuhu...harap-harap uppa dapat lah menyiapkan kerja PhD cepat-cepat supaya boleh kembali ke Belfast :-)

Masa di airport London, uppa berjumpa dengan Tan Sri Anuwar Ali, sekarang nie VC OUM (dulu VC UM), Dr kayu dan wife dan Prof. Taufiq..memang kecik dunia nie..huhuhu...pasal perjalanan balik agak mencabar gak especially di London Airport, dah lama besar gedabak tapi service lemah...berpeluh gak lah kitorang angkat 4 beg luggage besar, 4 beg hand luggage dan satu buggy (tolak iman)....

tapi semua tue hilang bila kitorang sekeluarga dapat naik kapal terbang dan nasib baiklah iman dan azzam khusuk tidur sepanjang flight.Uppa bertolak pulang ke Malaysia pada 7 July 2011 pada jam 10.30 malam dari London dan sampai Malaysia pada 8 July (6.30 petang). Memang berdebar sangat-sangat balik Malaysia pasal dengan keje tak siap nyer, duit belanja keluarga, duit hutang family dan macam-macam benda yg terfikir dan mengharapkan agar semua urusan dipermudahkan.

Bila mula-mula sampai Malaysia, uppa disambut dengan keluarga uppa dari sg besar dan kitorang menginap di homestay di Sepang. Pada masa yang lebih kurang sama, adik LInda (lelaki) menikah kat Seremban. Kitorang berjaya berjumpa dengan keluarga belah linda pada malam yang sama di homestay tue.

Pada pagi 9 JUly, kitorang bertolak ke majlis kenduri belah perempuan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Gara-gara demo bersih pada hari tue, perjalanan dari Sepang ke Seremban menghadapi banyak traffic jem pasal polis buat sekatan jalanraya yang melampau...kat seremban pun ada sekatan jalan raya dan kat batu kikir pun ada gak...pelik tul BN buat arahan polis cam nie


gambar kat atas tue gambar katil kitorang kat umah linda....apa-apa pun, iman dah rasmikan lepas 3 tahun setengah kitorang tinggalkan....bagi uppa, dari katil itulah...bermula segala-galanya kehidupan uppa. Kalau nabilah baca coretan nie, katil kahwin kitorang simple jer....tapi uppa suka sangat-sangat hihihihihii.. dalam gambar tue, linda tunjuk azzam gambar kitorang masa kahwin dulu...azzam tersengih-sengih jer....azzam lak ada masalah bahasa ckit pasal dia tak berapa pandai sangat berbahasa melayu.....kena ajar lah ckit hihihihi

masa kenduri rumah linda, ramai lah jugak anak sepupu kitorang berbahasa inggeris supaya azzam boleh faham...gambar kedua kat atas tue gambar anak-anak angkat bapak mertua uppa..diorang pun tolong sekali semasa kenduri kat rumah linda.... 15 July 2011 tue merupakan nikah adik linda yang perempuan lak. dua-dua adik linda (yg laki dan perempuan) buat majlis kenduri kahwin pada 16 july 2011.

18 July lak uppa kena lapor diri kat UM. Alhamduillah, ketua jabatan bagi uppa masa 6 bulan untuk menyiapkan kerja tertunggak PhD. Harapnya, semasa sem 2 pengajian iaitu pada bulan febuari 2012, uppa dah boleh mengajar kelas...subjek yang uppa ajar ialah acid-bes, redoks dan instrumentasi terkini..hmmm, not bad really dan alhamdulillah it's not goin' so hard. Yang hard sekarang nie hanyalah menaip thesis huhuhuhu....

Cuma lepas lapor diri tue, uppa busy dengan mencari rumah....azab gak cari rumah sebenarnya. masa weekend baru2 nie (23 dan 24 July), uppa sekeluarga survey rumah. rasa-rasanya Uppa dan linda banyak layan azzam dan iman dari survey rumah pasal azzam dan iman tak selesa duk kereta lama-lama..kalau matahari masuk ckit jer dalam kereta atau kereta panas ckit jer, mulalah bising 2 beradik tue...rasanya hari sabtu dan ahad tue, letih layan diorang jer compared dengan letih cari rumah huhuhuhu....satu lagi uppa bersyukur sangat2 pasal dapat guna internet guna blackberry pasal dapat tgk rumah dari website mudah.my kat mana-mana sahaja. cuma masalah blackberry nie, battery cepat habis...tak leh tahan lebih satu hari huhuhuh...

Alhamdulillah, uppa dapat gak menyewa rumah kat bawah nie...kat Taman bukit serdang, teres 2 tingkat dengan harga sewa RM700...not bad lah...x de agreement cuma rumah ni tgh renovate...duit deposit 2+1+RM200 (deposit) dah bayar tapi tak tau nak masuk bila pasal rumah tue tgh renovate lagi huhuhuhu....harap2 boleh lah masuk rumah tue weekend nie.


Insya-Allah, pemandangan dalam rumah akan diceritakan dalam posting akan datang...tunggu.....

Isnin, 4 Julai 2011

baru menyempat tulis



Sudah lama uppa tak dapat mengarang disebabkan sudah hampirnya utk pulang ke tanahair...walaupun seram nak balik Malaysia sebenarnya huhuhuhu....uppa nak re-cap balik apa yang telah berlaku di sepanjang 2 minggu terakhir:


20 June : bincang dengan supervisor pasal draft chapter 4


21 June: linda mula bising kat uppa utk tumpukan komitmen mengemas barang utk dimasukkan ke dalam kontena


22 -25 June: Operasi kemas barang secara full-time . letih benar masa time tue. tidur malam paling lama pun 3jam. punyer lah banyak barang uppa dan family...letih tak terkata...langsung tak dapat nak tgk pasal theis


26 June: rehat sehari selepas beberapa hari berhempas pulas dan alhamdulillah dapat makan free sepanjang hari tue :-). Terima kasih kepada Dr. jasrul atas jemputan ke majlis tahnik anak beliau petang tue.


27 June - 1 July: letih gak sebenarnya kemas rumah sepanjang hari-hari tue pasal rumah kena clear pada 1 July. yang paling letih antara 30 June hingga 1 July jer lah..dapat tidur 2 jam jer. masa 1 July tue pulak kena jumpa dengan supervisor for the last time sebelum dia gi bercuti kat French. bermula dari 1 July sampai 7 July, kitorang satu family dapat stay kat umah Dr. Azhar...alhamdulillah, baik hati Dr. Azhar sekeluarga nie :-)


2- 3 July: asyik makan jer 2 hari nie...pasal ramai orang ajak uppa family makan....dah nak balik ke Malaysia katakan hihihihi


tue kot coretan uppa buat masa nie sementara menunggu waktu suboh kul 2.54 pagi. tadi buat kerja thesis sampai 2.30 pagi....kalau tidur, mesti lajak suboh pasal suboh masa summer nie habis kul 4.30 pagi....awal giler

waa......tak syoknya nak balik Malaysia...kalau boleh nak stay sini lama-lama hihihihi