Selasa, 6 Disember 2011

Buku pilihanku : Syonan- my story




1. Kali nie uppa nak tulis lak buku favorite yang uppa baca..nipis jer buku nie, 123 muka surat bertajuk Syonan- my Story. Uppa pinjam buku nie di library UM.dah lama habis baca buku nie tapi asyik tangguh jer nak pulang kat library UM, sampai dah due 2 hari. sebelum uppa pulangkan, uppa nak bagi review ckit



2. Buku nie mengisahkan seorang pegawai kerajaan Jepun bernama Mamoru Sinozaki. Dia nie bertugas di bawah embassy Jepun di Singapore sebelum bermulanya perang dunia ke 2. Sebelum perang, Mamoru nie dipenjarakan di Penjara Changi atas kesalahan melakukan pengintipan ke atas kerajaan British. Sebenarnya bagi uppa, Mamoru nie tidak bersalah, beliau hanya melakukan kerja yang disuruh oleh majikannya, iaitu embassy Jepun di Singapore. Mamoru tidak tahu pun yang kegiatan beliau mengambil gambar dari Singapore sampai ke Perak merupakan satu kesalahan.


3. Semasa Mamoru di penjara, dia belajar banyak benda mengenai kemanusian. Dia belajar untuk melawan kezaliman dan apa ertinya dizalimi. Dia beranggapan semua manusia adalah sama tidak kira apa keturunan samada Jepun,British, Cina, Melayu dan sebagainya. Apa orang kata, Tarbiyah dari penjara...macam Imam Sayid Qutb lah pulak


4. Bila perang meletus, Jepun dapat menawan tanah melayu dan singapura. Mamoru ini dibebaskan dan dilantik sebagai pegawai tinggi perkhidmatan awam di dalam Pemerintahan tentera Jepun. Semasa beliau memegang post ini, merupakan tempoh yang sangat genting dan perit bagi beliau kerana beliau sanggup bersusah payah malah diugut bunuh oleh tentera Jepun sendiri kerana Mamoru ini selalu sangat membantu orang awam (especially org Cina) dari dizalimi atau dibunuh. Bagi sesiapa tak tahu, tentera jepun nie sangat zalim kepada orang cina kerana orang cina dan jepun telah berperang even sebelum perang dunia kedua.



5. Beliau sanggup mengeluarkan banyak pass atau passport yang melindungi orang awam dari dizalimi tentera jepun dan malah berjaya melepaskan beberapa tahanan dari penjara dan kezaliman polis tentera jepun atau kempetei. Mamoru juga antara orang yang bertanggung jawab membuka kawasan penempatan dan pertanian di Bahau dan Endau bagi mengelakkan lebih ramai orang awam diseksa oleh kempetei.

6. Semua kisah beliau ini dikisahkan dalam buku yang didokumenkan dalam buku yang ditulis oleh beliau sendiri pada tahun 1975. Cerita nie juga ada mengisahkan semangat perjuangan tentera Australia yang sanggup berjuang bermati-matian menentang serangan jepun.


kes 1.
Semasa serangan tentera jepun ke atas tanah melayu, 200 tentera australia (unit pemusnah jambatan) berjuang bermati-matian menentang rejimen kereta kebal tentera jepun sehingga semua 200 orang tentera tersebut mati terkorban.



kes 2.
Pada 10 oct 1944, Unit komando (kebanyakan tentera australia) telah ditangkap setelah misi mereka untuk mencoboh masuk ke singapore gagal setelah dikesan oleh tentera jepun. ramai anggota dalam unit komando ini telah terkorban sehingga tinggal 10 orang sahaja yang dapat ditawan oleh tentera jepun. Mereka yang ditawan ini ditawarkan untuk dipenjara dengan syarat mereka merayu kepada pemerintah tentera jepun di singapore. Tetapi mereka tidak mahu membuat rayuan malah lebih sanggup untuk dibunuh. Keazaman tawanan komando ini sangat mengharukan tentera jepun...walaupun mereka semua dipancung tetapi bagi tentera jepun, komando tersebut mati dengan penuh kemuliaan dan patut dicontohi oleh semua tentera jepun. Bagi tentera jepun, mati utk negara dan maharaja merupakan mati yang paling mulia!

Setelah perang tamat, Mamoru menjadi pengantara bahasa antara tawanan tentera jepun dan tentera british (kerana beliau boleh berbahasa Inggeris). Beliau juga menjadi guru kelas "kebudayaan jepun" kepada pegawai british yang akan bertugas di Jepun. Mamoru sangat kagum bagaimana pegawai british ini kerana mereka menghormati guru mereka walaupun Mamoru berlainan bangsa.



Antara fakta yang paling menarik yang uppa boleh kupas ialah, bom atom yang dijatuhkan ke atas bandar Horoshima dan Nagasaki merupakan pembalasan kepada pihak kempetai yang bertugas di singapura dan tanah melayu kerana kebanyakan kempetei-kempetei ini berasal dari 2 bandar malang tersebut.

Secara kesimpulannya, kita takleh nak kata semua orang Jepun semasa perang dunia ke2. Ada jugak yang baik2. sekiranya askar jepun tidak menjajah tanah melayu semasa perang dunia ke2, mungkin tanah melayu tidak akan merdeka pada 1957.

Isnin, 5 Disember 2011

Kursus pensyarah muda



Hari sabtu dan ahad lepas, uppa kena pergi ke area sungai congkak untuk menghadiri kursus pensyarah muda. Pada mulanya uppa ingatkan, uppa akan tidur sepanjang kursus berjalan. Rupanya setiap pengisian kursus tue menyebabkan uppa tersedar dan agak rugi kalau terlepas beberapa point penceramah. Maklumlah, semua yang bentang tue Profesor belaka...yang dengar tue pun pensyarah, so memang khusyuk lah kitorang..

bincang tentang cabaran universiti dan fakulti dulu, kini dan akan datang. Kalau difikirkan balik, macam satu kesilapan lah pulak jadi pensyarah kat universiti nie..huhuhhu...tapi penceramah semua bersepakat mengatakan, jadikan masalah tue sebagai cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh kerja keras dan bekerjasama dalam satu kumpulan...kalau buat publication tue, jangan lah dilupakan member2 yang lain...

Uppa sangat tertarik dengan Prof Zul, walaupun perbincangan mengenai surah Al-Mukminun dari ayat 1 -11 sangat ringkas, tapi memberi impak kepada uppa secara maksimum. Uppa yakin semua orang mukmin akan berjaya (tidak kisah apa jawatan/pekerjaan sekalipun) sekiranya Mukmin tersebut betul2 mengikut tips2 yang diberi terus oleh Allah:

1. Solat kena Khusyuk dalam solat
2. Elak buat benda yang sia-sia (tak berguna)
3. Mengerjakan zakat (uppa hanya mampu bayar zakat fitrah jer, zakat harta lum dapat lagi huhuhu)
4. Orang yang menjaga kemaluan mereka (kecuali kepada isteri / hamba sahaya)
5. Orang jaga amanah dan janji
6. Memelihara solat

nak share gak beberapa slide yang berkaitan mengenai management yang sesuai dikongsi untuk semua.





Mungkin slide last nie tak jelas kot tapi bunyi nyer macam nie:
1. Not everyone who drops shit on you is your enemy
2. Not everyone who gets you out of shit is your friend
3. And when you are in deep shit, keep your mouth shut (close)

SELAMAT BERAMAL :-)