Khamis, 23 Jun 2011

Minggu packing barang



Minggu takde masa sangat nak memblog pasal sibuk packing rumah...Insya-Allah lori kontena yang uppa sewa dengan 9 orang lain kat sini akan sampai hari sabtu nie..jadi, kelam kabutlah uppa dan linda packing rumah..punyer lah banyak buku uppa bila packing...memang patut boleh buat library kat rumah bila balik malaysia nanti hihihihi...

Lepas sabtu nie pulak, uppa kena bertungkus lumus pulak nak siapkan thesis sebelum pulang ke Malaysia pada 7 July nie...macam tak tidur malam jer sampai 7 julai nie huhuhhu....what a life :-)

p/s gambar di atas tak de kaitan pun, cuma suka tgk gambar tue.

Jumaat, 17 Jun 2011

Saje nak tunjuk contoh kempen sexual health kat sini.kat sini berzina tue salah satu gaya hidup yg boleh diterima cuma jgn kena penyakit berjangkit dari sex je.

Uppa harap agar malaysia x lah sampai ke tahap begitu.takut bile fikir macam ner masa depan malaysia dan masa depan anak-anak uppa.uppa doa sangat2 supaya diorang tak terpengaruh dan dijauhi dari zina
Sent from my BlackBerry® wireless device

Majlis makan lagi

Hari nie gi jamuan lagi tapi kat umah anak dara.farewell utk kitorg sekeluarga dan bakal2 cikgu yg akan pulang for good. Cuma kali nie berbeza ckit pasal uppa sekeluarga dapat hadiah dari wan syaz (muslimat yg uppa predict akan kahwin dulu yg uppa mentioned dlm blog uppa sebelum nie) lepas majlis tue.

Hadiah tue berbentuk macam papan tanda, cuma uppa x faham sgt maksud tersirat kat papan tanda tue. Setakat nie,tue lah hadiah pertama yg uppa sekeluarga dapat.insya-allah akan uppa paparkan kat depan atau dlm rumah (kat malaysia nanti),supaya org boleh faham mesej papan tanda tue.

Cuma yg kelakar ckit,wan tak bejaya nak buang tanda harga papan tanda tue hihihi.macam ada tanda2 nak buang tanda harga tapi x berjaya.

mungkin masa bagi kat uppa,dia lupa pakai speak kot dan wan nie mmg rabun ckit.x pe wan, biarlah murah tapi bermakna mesej wan tue.

Terima kasih byk2 wan.semoga kita jumpa balik kat malaysia ;-)
Sent from my BlackBerry® wireless device

Mati pasal terseliuh pakai kasut tumit tinggi

Surat khabar ,the sun, kat uk tayang berita org pumpuan mati 2 hari lepas terseliuh memakai kasut tumit tinggi.

Pumpuan tu umur 38 tahun,pemilik pub dibawa ke hospital lepas terseliuh kat kaki pasal pakai kasut tumit tinggi. Lepas dpt rawatan kat hospital, dia pun balik rumah.

Tapi lepas beberapa jam kat rumah, dia dikatakan x sihat dan terus meninggal keesokan harinya pasal ada saluran darah kat tempat terseliuh tersumbat.

Kalau sudah ajal, seliuh skit pun dah bawa maut.

Kesimpulannya, berhati2lah atau jgn pakai langsung kasut tumit tinggi.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Khamis, 16 Jun 2011

experiment to determine resorcinol purity

Uppa jumpa article nie utk experiment terakhir uppa kat sini....experiment nie agak penting utk confirm purity feedstock uppa yang guna sebelum nie...

experiment mcm nie pernah buat kat Berlin tahun 2005 dulu...harapnya dapat settle experiment nie esok...

rileks kejap



Lagu favourite uppa.hihihi..uppa ikut penyanyi nie sejak uppa undegrade lagi. dulu dia dalam kumpulan speed..tapi kumpulan diorang perpecah di puncak kejayaan pasal ahli kumpulan tue masing-masing ada urusan peribadi...mostly pasal nak sambung belajar..masuk kolej dan lain2.

semalam cuba send posting kat blog guna blackberry, tapi tak berjaya lah pulak hahahaha...

semalam jugak dah kena warning dengan supervisor utk hantar draft thesis hari isnin depan...huhuhu..macam mustahil lah pulak permintaan supervisor uppa.

apa pun enjoy the music

Selasa, 14 Jun 2011

Majlis perpisahan



Semalam, 13 June 2011 ada majlis perpisahan uppa sekeluarga dengan sahabat-sahabat baik uppa kat sini...sedih gak meninggalkan belfast sebenarnya...kalau boleh tak nak balik malaysia pasal:

1. Kerja PhD (writing) tak siap lagi huhuhu
2. Dah rapat (ukhwah) dengan orang sini
3. Dah selesa dan seronok dengan persekitaran kat sini


Macam ner pun, uppa kena balik gak pasal:

1. Adik(s) ipar dah nak kahwin
2. Dah tak dapat biasiswa duk sini (pasal dah overdue belajar)
3. Tak de duit nak duk UK lama2 hihihihi

So, kenalah balik walau apa jua alsan sekalipun...masa bagi ucapan perpisahan tue....linda berjanji sedaya-upaya utk datang kenduri anak-anak dara (seperti di bawah) yang mungkin berlaku dalam masa 2 hingga 3 tahun nie.



Uppa predict (berfirasat) turutan yang akan berkahwin nie akan mengikut turutan gambar dari kiri ke kanan (seperti di atas)...bermula dari wan sayz, atiqah, akma dan diakhiri dengan afa. Afa nie mungkin lewat ckit pasal dia ambik medic..hihihihihi....

Mungkin uppa betul atau salah...tak sabar nak tahu betul ke tak firasat uppa...sejak tengok episode akhir mentalist hari tue, suka lah pulak benda2 yang melibatkan prediction nie...:-)




Isnin, 13 Jun 2011

Hari nie uppa kena paksa dengar lecturer prof dari china. Prof muda yg popular dari china...rasanya x sampai 40 thn umur dia lagi. Background mathematic tapi post grade engineering

Dlm gambar kedua, org putih tue supervisor uppa, dr. David Rooney. Org asia tue penceramah hari nie.

Hari nie prof tue nak sembang pasal teknologi nak simpan hydrogen guna mangkin. Fokus sembang hari nie lebih kpd computational characterization dan design mangkin. hahah...

Kalau tak faham,(Utk org bukan teknikal) org industri sekarang sibuk nak simpan hydrogen pasal byk hydrogen gas dihasilkan dari kilang setiap tahun.jadi, banyak negara dah mula saman mana-mana kilang yg byk hasilkan hydrogen waste.

x faham uppa bab benda nie pasal banyak guna calculation utk faham satu mekanisme yg berlaku dlm mangkin

Tak pernah dengar lak pasal morse function,monte carlo model..ntah hapa2 ntah hahahah
Uppa really lost. (Tue lah, dulu malas masa belajar subjek kimia koordinatan).

Apa yg uppa faham,Prof tue kata silica-nanotube boleh simpan byk hydrogen.paper dia publish tahun 2008 pasal findings silica-nanotube sangat popular gile. Kemudian, dia modify silica-nanotube dgn doping dgn pelbagai metal.dia kata metal terbaik ialah scandium dan titanium (hasil dari calculation dia)

satu dunia puji prof tue atas penemuan tue.

ntah bila lah turn uppa jadi mcm dia hehehehe

Wallahu'alam.


Sent from my BlackBerry® wireless device

Ahad, 12 Jun 2011

cabaran weekend nie



Malasnya weekend nie bukannya pasal boring tapi ada banyak kerja kena buat!...tak tau nak buat yang mana satu...o.k, cuba perincikan satu per satu kerja yang kena buat:

1. kena taip draft thesis chapter 5 (submit hari Rabu nie)
2. tunjuk result experiment (utk chapter 6) kat supervisor pasal baru lepas dapat result particle size. (dateline esok)
3. kena buat 2 reaction utk satu catalyst masa weekend nie....hahahaha..tak tau lah kalau sempat buat petang nie.
4. buat catalyst 5wt% Pd/0.7%Ti in Alumina support (kalau boleh nak buat hari nie jugak)...
5. kerja part-time kedai buku (2 jam)

harap2 boleh lah buat buat task 2 hingga 5 petang hingga malam nie....

nak jadi cerita lak, kete uppa ada problem dengan break....huhuhuh..duit lagi...esok kena hantar kete kat workshop lak...kalau repair eksoz dan break cost less than GBP 100...confirm uppa akan bawak kete tue gi Dublin hihihihi....last kopek jalan sebelum balik Malaysia

tue termasuk lagi aktiviti routine kemas rumah masa weekend dan tolong linda ckit, utk packing barang masuk kotak....hahahah..banyak nyer dugaan nak balik nie. lepas tue ada benda yg uppa tak nak dengar berlaku hihihii...terganggu fikiran dan emosi ckit....tak leh cerita kat sini..terlalu peribadi utk share dengan semua orang.

Uppa mohon pada Allah supaya permudahkan urusan seharian uppa...amin.

Jumaat, 10 Jun 2011

Patrick killed Red John?


Uppa baru jer trauma tengok finale season 3 mentalist...episode 24. mula-mula tak nak lah tgk beria pasal nak cari grant kereta..ntah kemana hilang. kalau jumpa grant tue selamat GBP 25. Lepas tue, linda lak gi umah atiqah dan wan (rumah anak dara)...tapi yang jadi best Iman tido awal...jadi, mmg dapat lah tgk cerita tue episode akhir tue....cuma ada lah part yang miss pasal gi bilik air dan layan iman tidur...pasal kadang2 iman terjaga gak.

memang terperanjat tgk episode tue...pasal mula ingatkan dah mati Hightower pasal patrick buat silap...tersalah pilih suspect...dia punyer kerut muka punyer lah bagi effect kat uppa pasal masa tue patrick dah mula rasa menyesal tak sudah....pasal pembunuh (geng red john dalam CBI) dah ada kat umah Hightower. nasib baik nyawa lisburn panjang dan pembunuh tue mati lepas kena tembak dengan Hightower dan Velt...fuh lega..

ingat dah habis dah..rupanya red john tue kat sebelah patrick jer huhuhu..suspen tul...pandai lak patrick suruh lisburn cakap something kat red john hahahah...reaksi muka patrick penuh dengan dendam bila jumpa Red John. Red John lak berlagak giler bila jumpa Patrick..

mula2 ingatkan patrick nak lepas kan jer red john pasal red john ada pistol kat restoran tue dan patrick tak der senjata langsung...red john siap cabar lagi, apa patrick boleh buat kat red john..tapi bila patrick sudah confirm yang memang mamat tue red john...

tak sangka red john tue kena tembak dengan pistol dalam poket patrick...mati tersungkur red john dan muka patrick puas lepas tembak red john.trauma uppa dibuatnya.. tak sangka watak hero uppa boleh bunuh orang macam tue jer....



kerja uppa kat lab tiap2 hari

Hari nie uppa nak share dengan semua pembaca apa yang uppa buat kat lab tiap2 hari. gambar diatas tue merupakan meja uppa dan komputer...cuma gambar diatas diambil semasa hari ahad. Jadi, azzam main kat komputer uppa sambil menunjukkan koleksi kapal terbang hihihi...lab uppa dekat jer..sebelah office tue, terus lab



biasanya kerja-kerja lab bermula dengan buat mangkin "catalyst". kitorang bake mangkin guna pemanas nie...orang sini panggal furnance. boleh panas sampai 1000 deg C. jangan main-main, ada orang injured kena suhu sampai 800 deg C. kesian mamat tue..nasib baik sikit jari. yang kena...huhuhuhu...so, berhati-hati ketika bekerja di makmal


yang nie pulak, uppa tgh prepare solution utk buat tindak balas "reaction". jenuh gak buat solution pasal at least kena tunggu sampai 45 minit pasal nak tunggu semua campuran tue dissolve " melarut".kena buat dalam rendaman air solution tue pasal mixture tue menghasilkan tindak balas "exothermic", bebas haba...utk dapatkan campuran yang elok kena pastikan campuran tue berada dalam suhu bilik....


sementara tunggu solution tue melarut, uppa tapis solution yang buat reaction semalam. mangkin yang melekat kat kertas turas "filter paper" tue akan dihantar utk analisa guna XRD, metal analysis dan BET...secara ringkasnya analisa tue utk tahu kandungan bahan dan struktur dalam mangkin tue....(hihihihi..meja sepah)


yang nie reactor uppa guna hampir setiap hari. solution yang siap tadi dicampurkan dengan mangkin dan dimasukkan dalam reactor ini. reactor nie disambungkan dengan tiub hydrogen pasal uppa nak buat proses yang dinamakan hydrogenation..,bahasa melayunya "penambahan hydrogen"...boleh tengok poster uppa sebelum nie utk keterangan lanjut.


reactor nie pulak dinamakan trickle bed reactor....letih kerja dgn reactor nie pasal agak complicated dan besar...nama penuh reactor nie "batch-recycle trickle bed reactor" tapi boleh transform jadi continuous trickle bed reactor....(macam kat industri)...alhamdulillah, projek dengan trickle bed reactor nie dah selesai...nak taip thesis pasal reactor nie lah pulak leceh huhuhuhu...



lepas habis 3 jam reaction, uppa prepare sample utk analisis experiment yang dibuat tadi...sebab uppa tak tahu berapa banyak bahan yang bertindak balas (kalau tgk dari mata kasar)..sebab tue lah kena guna mesin analisis. colour dalam sample tu berwarna purple pasal disyaki ada mangkin melarut dalam solution atau orang sini panggil "leaching".



taadddda....nie mesin analisis....kalau x de mesin nie, mmg susah nak buat apa2 eksperimen. nama mesin nie HPLC (high performance Liquid Chromatography). masuk sample dalam HPLC, dah boleh dapat result...kalau rajin tengok CSI, mesti pernah nampak mesin nie...



tue result hasil analisis sample..keluar dalam bentuk "peak" atau bahasa melayu nyea puncak...dari puncak-puncak tue boleh kira secara quantity berapa banyak bahan kimia yang tinggal dan berapa banyak bahan kimia yang telah bertindak balas. quantity bahan kimia tue boleh dikira dalam unit "mol" atau kepekatan "molarity"....terpulang mana satu idaman kalbu hihihihi...


lepas tue boleh lah lukis graph seperti di bawah....graph tue merupakan graph hasil tindak balas kimia menggunakan beberapa mangkin....tapi nama-nama mangkin terpaksa dipadam pasal projek uppa buat nie projek komersial. Jadi, utk menggelakkan dari kena saman di kemudian hari, nama mangkin-mangkin tue terpaksa di padam.
dari graph tue boleh lah tulis discussion utk thesis dan biasanya result dari graph tue akan disokong dengan graph lain dan maklumat dari mesin lain utk menguatkan theori yang uppa tulis dalam thesis. kalau nak tahu secara lanjut apa tentang uppa bebelkan dalam artikel nie, kenalah tunggu thesis uppa yang Insya-Allah siap antara bulan september hingga december tahun nie....tunggu......


basically, tue lah routine uppa tiap hari dlm lab....x lah menarik sangat tapi boleh la...pasal keje research nie ada banyak freedom bagi menggalakkan proses kreativiti hehehe...


wallahu'alam











Botanic garden

Lepas hantar azzam gi sekolah,lalu botanic garden utk sampai ke sekolah.subhana-allah, sgt cantik pemandangan botanic garden semasa musim bunga nie. I'm going to miss em.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Khamis, 9 Jun 2011

testing berjaya!


Testing hantar gambar dan posting dari handphone blackberry. Nie gambar iman main slide dengan azzam di Castle court shopping complex at Belfast



Sent from my BlackBerry® wireless device

Rabu, 8 Jun 2011

gambaran kasar penyelidikan uppa

Poster ringkas nie telah dipamerkan semasa pertandingan poster di Queens University of Belfast pada April, 2009. poster nie tak menang pun huhuhuhu....pasal orang lain lagi syok. Sebenarnya masa tue nak sangat menang pasal hadiah power giler. laptop, komputer dan lain-lain. ..hihihii....Ada apa-apa soalan dari poster di atas?

bermula dengan Bismillah :-)







Blog pertama saya hihhihi...tapi lebih suka menggelarkan diri sebagai uppa (direct translation dari korea bermaksud "abang")



sebenarnya banyak teruja dari blog nabilah dan suami yang sempoi tapi syok dibaca, penuh dengan gambar...so this blog will be my story.



Insya-Allah, most articles will be written in Malays language as the target readers are malaysian. For non-Malaysian speaker who is interested to know more about an article in this blog, feel free to contact me.



Kenapa uppa pilih nama "Journal kehidupan" pasal kehidupan uppa sebagai seorang penyelidik sains untuk menghasilkan seberapa banyak penulisan berbentuk thesis, journal dan buku.




Buat masa ini uppa berada di bulan terakhir dalam projek PhD dalam catalysis "Pemangkinan" dan pembangunan reactor. Insya-Allah akan uppa kupas dengan detail projek PhD uppa dalam posting akan datang.




Hobi uppa: bermain game, tgk anime (especially gundam dan macross) dan membaca majalah/buku/artikel perang (pengkhususan peperangan dunia dari abad 14 hingga 20). politik tue boleh lah tapi tak minat sangat sebenarnya. hobi lain ialah mengkaji keindahan dan keajiban alam yang diciptakan oleh Allah.


Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.


tue jer kot permulaan untuk posting permulaan nie. Cheers