Sabtu, 9 Mac 2013

My life so far..full of degree but it's just a beginning

A'salam Semua, lama tul tak berblog...Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, uppa memperolehi semua degree yang Uppa impikan sejak berada di matrikulas lagi (1997)....degree bawah nie uppa dapat masa buat degree di UKM (1998-2002)....degree yang agak mencabar pasal uppa buat 4.5 tahun baru habis...0.5 tahun tue pasal uppa kena recite paper sintesis organik 3...hahahah....



Dengan berbekalkan degree undergrade yang tak seberapa, uppa mengambil risiko untuk buat master di Universiti Malaya (2003-2006)...degree buat 2002 hingga 2005 je, 2006 tue tarikh konvo....risiko masa nie tak lah terlalu besar pasal masa buat Master nie, uppa masih bujang

Masa tgh buat master, uppa dapat offer jawatan pegawai sains di jabatan kimia malaysia (2003)..tapi uppa tak tolak pasal masa nie dah beriltizam utk buat Master..cuma bila dah buat Master nie, gaji kecik lah...nak kahwin susah ckit huhuhuhu.....Walau macam ne pun, uppa berpeluang utk ke Belanda dan Germany sepanjang buat MAster...so, dapatlah guna duit gi oversea tue utk belanja tunang dan kahwin...huhuhu...sedih tul rasanya masa tue pasal kawan2 uppa gi oversea tue semuanya jalan2 pusing eropah....uppa je stay kat umah masa di Belanda dan Germany

Yang paling teruk dan paling risky so far in my life so far ialah semasa buat PhD di UK...percaya ke x, uppa buat PhD selama 4 tahun 7 bulan huhuhuhu....dan paling mencabar ialah uppa masa nie dah ada famuly siap ada sorang anak lagi masa tiba di UK 5 November 2007....nak gila uppa buat PhD dibuatnya....semuanya pasal tak nak kena bayar ganti rugi kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM 700K !

Alhamdulillah, dengan semua doa dan sokongan semua orang, uppa dapat jugak menyiapkan PhD nie walaupun hampir 5 tahun...nanti dalam posting lain kot, masa penat jerih buat PhD...memang lah syok belajar kat UK, tapi hati susah...sapa yang tahu.....(kecuali insan istimewa yang biasa uppa share dengan beliau semasa uppa buat PhD di UK dulu)

Mulai 1 Mac 2013...uppa dapat lantikan sebagai pensyarah kontrak selama setahun....tapi kontrak nie  takkan disambung sekiranya uppa tak de publication paper...tue yang tak syok tue..so, tahun 2013 nie...tahun buat paper..so far, dah hantar 2 paper...1 paper, supervisor kat UK tgh buat dan 2 lagi paper, uppa tgh dok buat huhhuuh...harapkan sebelum december 2013, dah ada at least 3 paper...so, 2014 nanti boleh la apply pensyarah kanan...

Semoga berjumpa lagi dalam posting lain :-)