Jumaat, 10 Jun 2011

kerja uppa kat lab tiap2 hari

Hari nie uppa nak share dengan semua pembaca apa yang uppa buat kat lab tiap2 hari. gambar diatas tue merupakan meja uppa dan komputer...cuma gambar diatas diambil semasa hari ahad. Jadi, azzam main kat komputer uppa sambil menunjukkan koleksi kapal terbang hihihi...lab uppa dekat jer..sebelah office tue, terus lab



biasanya kerja-kerja lab bermula dengan buat mangkin "catalyst". kitorang bake mangkin guna pemanas nie...orang sini panggal furnance. boleh panas sampai 1000 deg C. jangan main-main, ada orang injured kena suhu sampai 800 deg C. kesian mamat tue..nasib baik sikit jari. yang kena...huhuhuhu...so, berhati-hati ketika bekerja di makmal


yang nie pulak, uppa tgh prepare solution utk buat tindak balas "reaction". jenuh gak buat solution pasal at least kena tunggu sampai 45 minit pasal nak tunggu semua campuran tue dissolve " melarut".kena buat dalam rendaman air solution tue pasal mixture tue menghasilkan tindak balas "exothermic", bebas haba...utk dapatkan campuran yang elok kena pastikan campuran tue berada dalam suhu bilik....


sementara tunggu solution tue melarut, uppa tapis solution yang buat reaction semalam. mangkin yang melekat kat kertas turas "filter paper" tue akan dihantar utk analisa guna XRD, metal analysis dan BET...secara ringkasnya analisa tue utk tahu kandungan bahan dan struktur dalam mangkin tue....(hihihihi..meja sepah)


yang nie reactor uppa guna hampir setiap hari. solution yang siap tadi dicampurkan dengan mangkin dan dimasukkan dalam reactor ini. reactor nie disambungkan dengan tiub hydrogen pasal uppa nak buat proses yang dinamakan hydrogenation..,bahasa melayunya "penambahan hydrogen"...boleh tengok poster uppa sebelum nie utk keterangan lanjut.


reactor nie pulak dinamakan trickle bed reactor....letih kerja dgn reactor nie pasal agak complicated dan besar...nama penuh reactor nie "batch-recycle trickle bed reactor" tapi boleh transform jadi continuous trickle bed reactor....(macam kat industri)...alhamdulillah, projek dengan trickle bed reactor nie dah selesai...nak taip thesis pasal reactor nie lah pulak leceh huhuhuhu...



lepas habis 3 jam reaction, uppa prepare sample utk analisis experiment yang dibuat tadi...sebab uppa tak tahu berapa banyak bahan yang bertindak balas (kalau tgk dari mata kasar)..sebab tue lah kena guna mesin analisis. colour dalam sample tu berwarna purple pasal disyaki ada mangkin melarut dalam solution atau orang sini panggil "leaching".



taadddda....nie mesin analisis....kalau x de mesin nie, mmg susah nak buat apa2 eksperimen. nama mesin nie HPLC (high performance Liquid Chromatography). masuk sample dalam HPLC, dah boleh dapat result...kalau rajin tengok CSI, mesti pernah nampak mesin nie...



tue result hasil analisis sample..keluar dalam bentuk "peak" atau bahasa melayu nyea puncak...dari puncak-puncak tue boleh kira secara quantity berapa banyak bahan kimia yang tinggal dan berapa banyak bahan kimia yang telah bertindak balas. quantity bahan kimia tue boleh dikira dalam unit "mol" atau kepekatan "molarity"....terpulang mana satu idaman kalbu hihihihi...


lepas tue boleh lah lukis graph seperti di bawah....graph tue merupakan graph hasil tindak balas kimia menggunakan beberapa mangkin....tapi nama-nama mangkin terpaksa dipadam pasal projek uppa buat nie projek komersial. Jadi, utk menggelakkan dari kena saman di kemudian hari, nama mangkin-mangkin tue terpaksa di padam.
dari graph tue boleh lah tulis discussion utk thesis dan biasanya result dari graph tue akan disokong dengan graph lain dan maklumat dari mesin lain utk menguatkan theori yang uppa tulis dalam thesis. kalau nak tahu secara lanjut apa tentang uppa bebelkan dalam artikel nie, kenalah tunggu thesis uppa yang Insya-Allah siap antara bulan september hingga december tahun nie....tunggu......


basically, tue lah routine uppa tiap hari dlm lab....x lah menarik sangat tapi boleh la...pasal keje research nie ada banyak freedom bagi menggalakkan proses kreativiti hehehe...


wallahu'alam











Tiada ulasan:

Catat Ulasan