Ahad, 20 November 2011

kisah benar Ogos hingga November




Dah lama uppa tak mencoret sejak awal bulan puasa lepas. berada di Malaysia menyebabkan uppa rasa agak busy, maklumlah sudah hampir 3 tahun setengah berada di perantauan. Bulan July lepas uppa sibuk dengan cari rumah. Bulan ogos / bulan puasa, sibuk lah pulak dengan beli peralatan rumah...banyak gak dibelanjakan untuk beli peralatan rumah walaupun rasanya kitorang beli banyak barangan budget jer...perkakas lain tue sudah siap dibeli dari UK..masa bulan Puasa yang lepas, barang uppa dari UK sampai di Malaysia.

Masa tue uppa ada lah bergaduh skit dengan budak-budak medic pasal cara diorang menguruskan kargo tue sangat mengecewakan...uppa masa tue lak dihimpit dengan pelbagai masalah menyebabkan masa bulan puasa tue, uppa rasa macam nak marah dengan orang jer....berubah betul sikap uppa bila balik dari UK....cuma lepas hampir 5 bulan kat sini, baru boleh adjust balik emosi....sangat tough duk kat Malaysia nie sebenarnya...semuanya pakai duit...kalau BN menang pilihanraya akan datang nie, maka akan parahlah nasib uppa sekeluarga huhuhuu...

lepas posa, sibuk lah dengan raya....macam-macam benda dibuat, organize jamuan raya lah...pergi rumah sedar-mara dan buat persiapan parent uppa nak datang rumah lah dan macam2 lagi...letih tul bulan september tuh.huhuhu....

tup2, sedar2 dah bulan oktober dan uppa lak banyak lagi tak siap penulisan thesis PhD. tension gak time tue...nak jadi kes lagi teruk, pendaftaran uppa dengan Queens University of Belfast ada problem...diorang detect uppa tak bayar yuran...tekanan masa nie hanya Allah jer tahu...pihak university suh uppa bayar hampir RM 30K sebelum 31 Oktober...mana ada Uppa ada duit sebanyak tue...macam2 usaha lah uppa buat, contact KPT, contact Nabilah utk dapatkan no tel Halimah, talifon senah pinjam duit dan talifon hajar untuk pinjam duit jugak...kerisauan uppa pasal pendaftaran dan yuran universiti nie dah lama uppa sedar, especially masa adik uppa duduk seminggu kat umah uppa. At the end, bila dapat e-mail university, baru uppa kelam-kabut. Al-hamdullilah, rupa-rupanya pihak QUB yang salah kira yuran uppa dan nak jadian cerita, pihak KPT bermurah hati untuk bagi penajaan sampai ogos tahun depan (utk yuran jer le huhuhuh)...hikmah dari kejadian tue menyebabkan uppa bertaubat tak nak sambil lewa tulis thesis dan kena mintak doa banyak2 kepada Allah supaya dipermudahkan urusan thesis. Uppa nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada hajar, azhar, hasnah dan isteri uppa yang banyak sokong uppa masa peristiwa bulan oktober tue.

Masa bulan november, uppa sudah mula menghantar beberapa chapter kat supervisor dan uppa pun dah hantar correction kepada supervisor. setakat nie, dah hantar chapter 2 dan 5...cuma kena settlekan chapter 6, 3 dan 2. kalau boleh selewat-lewatnya 31 Disember 2011. Cuma masalah lak uppa kena bahagikan masa utk tulis esei RM5K tue, dan date-line pun sam jer huhuhu...untuk cabaran besar bulan november lak, uppa really dead broke. setakat nie terpaksa guna duit simpanan utk belanja seharian...huhuhu...bisnes kek linda masih peringkat awal.jadi, tak leh nak harap untung sangat. Cuma uppa dan linda ada lah buat menjaja sikit nasi lemak dan akan datang jual nasi ayam..cuma margin keuntungan x banyak pun huhuhu...tapi boleh lah menjana income ckit...selagi uppa tak keje, memang akan sakit ckit lah perbelanjaan kitorang.

setakat nie university uppa ada hutang uppa GBP 1100.00. tak tau lah bila diorang nak bayar...janji nak bayar bulan july lepas...sampai sekarang senyap jer...baru2 nie lak ada orang offer open tiket air asia return dari KL ke London berharga RM2800.00. rasanya macam murah tapi duit tak der huhuhu....macam terpaksa pinjam suit senah jer...kesimpulannya memang payah betul cabaran nak dapat segulung ijazah PhD

Sapa2 yang baca artikel nie harap dapat doa-doakan kejayaan uppa dan kesejahteraan uppa sekeluarga yea :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan