Selasa, 22 November 2011

Sambutan birthday ke 32




Alhamdulillah, semalam dapat uppa melepasi tanggal 21 November 2011, tarikh dimana sudah 32 tahun uppa menjejakkan kaki di bumi Allah ini...kelmarin, uppa dapat mengucapkan terima kasih kepada mak uppa kerana melahirkan uppa cuma dia remind uppa pasal anniversary perkahwinan dia ke 33...iaitu pada 31 Disember 1978..tunggu singnal macam nak kek jer...insya-allah, akan uppa sampaikan hajat bantuan mak dengan bantuan isteri tersayang hihihih..malam tue tak sempat nak cakap dengan bapak pasal bapak baru makan malam (kul 11.30 malam) dan bapak baru jer marah2 ety pasal sambil lewa tunaikan cek utk buat pagar dan lampu rumah baru dia...kesian ety.

semalam siang, uppa dapat menunaikan puasa hari Isnin...berkeroncong perut dibuatnya dan asyik nak tido jer semalam...tapi ditahankan lah jugak pasal sibuk taip chapter 6 thesis. terima kasih kepada ety, senah, maznah dan tidak lupa juga kepada azam , iman dan isteri kesayangan pasal menghadiahkan kek sedap...kek tue rasa macam aiskrim..SEDAP :-)

(gambar kat atas masa raya puasa lepas, cute diorang nie hihihi)

Bukak puasa semalam makan mihun jer pasal linda sibuk buat kek untuk diraikan bersama adik ipar dan isteri dia...malam tue uppa makan steam boat kat kajang...tak sedap mana steam boat tue tapi pasal uppa lapar, mmg sedap jer menyental. kuah sos steam boat tue x sedap dan macam tak fresh jer makanan laut tue...sambil makan tue tgk lah jugak perlawanan akhir bola sepak sukan sea antara indonesia dgn malaysia. Rasanya selain dari world cup, nie lah kali pertama uppa tgk tv menonton perlawanan malaysia sejak malaysia vs indon (perlawanan akhir kumpulan), malaysia vs Myanmar (perlawanan separuh akhir) dan malaysia vs indon (perlawanan akhir)...uppa rasa pemain indonesia adalah lebih baik dari Malaysia secara keseluruhannya...cuma pertahanan dan taktik bermain berpasukan malaysia lebih baik dari indonesia...kalau pemain malaysia tak meningkat mutu individu pemain, memang lunyai lah malaysia sekiranya bermain dengan pasukan indonesia yang sama (dalam game yang akan datang). Cuma uppa rasa enjoy pulak sepakan penalti perlawanan akhir tersebut.



terima kasih kepada adik ipar pasal belanja kitorang sekeluarga makan steam boat hihihi...diorang belanja pakai kupon...which is really brilliant to treat someone. orang bersorak kat restaurant tue mmg tak leh nak kata lah..azzam dan iman tutup telinga bila diorang bersorak hahaha.

habis game kul 11.20 malam...potong kek ala kadar dan ambik gambar jer dah nak tgh malam..sampai umah jer dah kul 12.20 malam..hahahh..at the end tido kul 1.20 malam....letih gak sambut harijadi ke 32...walaupun hati masih mengatakan uppa masih 23 tahun hihihihi...Takbir!

2 ulasan:

  1. nape nak diri masih 23 tahun???
    oo sambut besday semalam ye?

    selamat ulangtahun ke-32..
    semoga cepat selesaikan tesis.
    boleh merdeka selamanya.....

    xsabar la nak rasa kek aiskrim kak Linda tuuuuuu

    BalasPadam
  2. ntah..uppa rasa macam tak percaya dah umur 32 tahun..rasa macam awal 20-an jer..hahahah

    terima kasih nabilah :-)

    BalasPadam