Rabu, 9 April 2014

Perasaan semasa lulus akad nikah dan lulus viva PhD


Apa khabar semua,

Lama susah tak berblog..ini pun ada masa free skit pasal budak universiti tgh cuti semester...walaupun cuti keje tetap bertimbun pasal soalan exam tak sentuh / buat lagi, laporan muktamar cawangan tak terfikir lagi nak wat cam ne huhuh....ingat hari nie nak jumpa student Master dan PhD je dan fokus utk diorang je hari ini. Esok baru fokus benda lain.

tadi baru tgk pernikahan seorang kenalan FB: https://www.facebook.com/fadzila.allana
Photo: Selamat pengantin baru...Fadzila Allana....semoga berbahagia sehingga ke jannah...sayang kamu...
dia dan suami baru kahwin last week....bagus gak dia letak upacara pernikahan facebook...untuk memperingatkan yang uppa sebenarnya dah lama kahwin hahahaha....

siap dah ada 3 orang anak...selama ini uppa asyik sibuk hal sendiri je. dah lapan tahun mengucapkan lafaz nikah....

Semasa bulan febuari 2006, uppa dipaksa oleh saksi dan jurunikah utk lafaz nikah beberapa kali pasal lafaz uppa sangkut dan tak confident. Masa rehearsal akad nikah dengan pendaftar nikah, lancar je ucap lafaz nikah. sebelum tue pendaftar nikah tanya rukun nikah...tetiba uppa blank....malu siot.

Bila upacara lafaz nikah yang sebenar, bapak mentua yang sambut tangan uppa. tetiba uppa rasa blank dan kepala uppa rasa macam semua ini macam mimpi dan unreal!. bila first ucap lafaz nikah, uppa tak boleh nak sambut lafaz tue seolah-olah macam terkedu dan tak leh nak cakap...first attempt FAILED!

second attempt, bapak mertua suh kawan, hafiz kadir pegang bahu uppa dan uppa boleh ucap lafaz nikah tetapi tanpa penghayatan...seolah-olah lafaz nikah uppa tue macam orang lain je yang cakap. uppa cakap sangat laju lafaz nikah...saksi kata A-gain

third attempt, sekali lagu hafiz kadir pegang bahu uppa dan uppa lafaz ucapan nikah dengan sedikit perlahan tetapi agak susah untuk uppa menghayati lafaz nikah tue...tahu-tahu je dah habis lafaz nikah..fuh...janji LULUS, Alhamdulillah.

Perasaan sama masa akad nikah tue muncul balik selepas uppa habis viva PhD, September 2012. Lepas habis viva PhD, uppa disuruh untuk keluar sekejap bagi membolehkan pemeriksa bermesyuarat. Lepas dalam 5 minit, uppa disuruh masuk ke dalam bilik peperiksaan dan secara tiba-tiba pemeriksa (ada 2 orang pemeriksa) ucapkan tahniah dan mula panggil Dr. Azman Maamor.  What? sekali lagi uppa terkedu dan suasana kat situ macam mimpi..tak tahu nak kata ada...Again, uppa ucap syukur Alhamdulillah...janji LULUS


Saje nak tunjuk jubah graduate PhD Queens University of Belfast..Uppa tak dapat rasa grade kat UK pasal duit ke UK tak ade huhuhu

1 ulasan:

  1. baru nak tanya nape uppa xda dalam gambar...
    bersabar ye, xda rezeki nak ke sana.

    lain kali boleh la bawa kami jalan2 ke sana..

    BalasPadam