Sabtu, 31 Januari 2015

Ragam bulan january

Sudah lama tidak berpeluang menulis blog. Tahun baru mestilah azam baru kan....

The truth is Uppa cuba merealisasikan azam yang sepatutnya dibuat tahun 2014, yang gagal dilakukan pada tahun 2013 dan telah dirancang sejak tahun 2012 hehehe

Teruk betul Uppa ni, namanya je pensyarah...harapnya tahun 2015 yang tinggal berbaki 11 bulan dapat memberi suatu perubahan baharu yang memberi keuntungan di dunia dan akhirat.

Bulan januari ni penuh dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku.  Kalau nak cerita satu2, nanti pembaca boring lah pulak hahaha...but Uppa akan share dengan semua orang dalam posting akan datang.

Kali ni Uppa akan share satu kursus yang Uppa datang kat UM. Tahun lepas, Uppa datang kursus kaunselor Hushim, pasal macam ne nak majukan kerjaya dan family anjuran UM. kursus free tue dibuat straight 4 hari. Tahun ni kursus tu x de lah pulak hahaha....mahal kot kursus tu kalau nak buat setiap tahun.

Jadi, tahun ni Uppa datang kursus yang tiada kaitan dengan kerjaya dan family Uppa, tapi datang kursus yang ada kaitan dengan hobby Uppa hahaha...korang nak tahun apa...Uppa datang kursus game dan macam nak plan buat game. Kursus tu dibuat selama 4 hari...

Kursus ni anjuran kementerian kebudayaan jepun dibuat kat UM dan MMU bagi mendedahkan kebudayaan j-pop dan kempen melawat jepun tahun ni. Kat UM buat kursus pasal game manakala kat MMU ada kursus pasal anime.

Best kan hehehe..hari pertama dan kedua tu diorang sembang pasal semua jenis game dan konsul jepun. Game yang Uppa tak pernah dengar dan tahu pun, Uppa sekarang dah tahu. Orang jepun rupanya suka sangat game RPG (role playing game) pasal gameplay yang panjang dan suka jalan cerita yang menarik dan boleh ditentukan oleh pemain. So, game yang selamanya popular di jepun ialah game final fantasy dan dragon quest.

Disebabkan sensei kursus ni orang jepun dan x leh cakap enggeris, jadi setiap kali sensei tu cakap dalam 2 hingga 3 minit, adalah translator cakap dalam bahasa inggeris. First time datang kursus macam ni...tapi x kisah pun...content sensei tu bagus

Sepanjang Uppa berkursus game, Uppa seorang je peserta berstatus pensyarah hehehe...malu gak cikit...pasal semua peserta yang berjaya dapat sijil (menamatkan kursus) adalah student undergraduate hahaha...Diorang sampai sebut title "Dr" lagi masa panggil nama Uppa time ambik sijil. hahaha..sabo je lah.

Masa kursus tu Uppa masuk dalam group undergrad dari fakulti bahasa. Dalam group tu ada 3 orang; Uppa, sue (orang cina) dan adilah. Sue dan adilah student 2nd year fakulti bahasa yang ambik course linguistik bahasa inggeris. Sue dan adilah ni sangat rapat pasal satu batch satu course 9 orang rupanya. Patutlah rapat sangat adilah dan sue...bagus tul diorang. Barulah nampak kemesraan antara student melayu dan cina.

Secara keseluruhannya Uppa enjoy kursus ni...tapi Uppa paksa group Uppa supaya tak panggil Uppa "Dr". X selasa lah pasal nak kurangkan gap dan supaya kitorang lebih mesra.

Okay...until next time...

2 ulasan:

  1. Wah, menarik kursus mcm ni.
    Sesuai la dgn Uppa.

    Klu Nabilah pi, conpem xphm, sbb xmain game, haha.
    Hah, apa azam yg belum tcapai tuh? Cpt update eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, uppa akan update dalam minggu nie :-)

      Padam