Selasa, 3 Februari 2015

Dari Proton Saga ke Honda city

Alhamdulillah, setelah sekian lama menggunakan kereta merah proton saga aerobek, Uppa telah dapat tukar ke kete honda city.

Motivasi utk tukar kereta ni bukanlah disebabkan utk bergaya tetapi lebih kepada faktor ekonomi yang agak mendesak. Sebelum tukar kete, kete proton tu dah 3 kali break down kat atas jalan!. 

Kali pertama breakdown masa bawak kete atas federal highway. Satu petang tu lepas linda selesai rawatan rutin ke PPUM, tetiba dalam 50 meter sebelum pintu gerbang Selangor-KL...kete proton tu mati tgh kesesakan lalulintas di lane tengah dalam kul 4 ptg. Masa tu tgh hujan lebat. Sebelum tu, kete tu mmg ada problem nak start pasal starter yang hubung enjin dan bateri problem. Tapi x sangka lak nak mati atas highway dengan isteri dan semua anak2 onboard huhuhu. 

Then, Uppa pun buat TSM (Tindakan Serta Merta) dengan keluar dari kete dgn hujan lebat lepas on hazard light. First keluarkan segi tiga dari bonet kete dan letak dalam 3 meter dari kete. Tapi tak guna pun pasal kete kat belakang pakai langgar je segi tiga tue. Tanpa buang masa, Uppa pun tolak lah kete sorang2 sambil linda cuba masukkan gear dan hidupkan enjin kete.Uppa tolak kete dari lokasi tu sampailah nak sampai simpang nak masuk UM. Jauh tul Uppa tolak sorang2...macam bionix 6. Dah lah uppa ada athsma. But somehow Uppa diberi kekuatan utk menolak kete merah dalam keadaan hujan lebat....

Nasib baik masa tu Uppa ada kawan, Aminul ariffin yang masa tu berada di UM...dia dan Uppa tolak kete menaikki bukit sampai kete tu boleh hidup. Nak turun bukit x leh pasal lawan arus....it was a madness experience.

2nd time kete mati kat rumah, so not too bad sangat lah...pomen datang rumah dan boleh bawak kete ke bengkel.

3rd time lak, kete mati kat simpang nak keTeknologi Park Malaysia dari arah seri kembangan. Masa tu kul 10 malam dalam penghantaran 1000 cup cake linda utk diserahkan kepada customer. Lepas dapat serahkan cupcake di tepi jalan dengan jayanya dan tunggu hampir sejam, barulah dapat tow kete. 

Kete mati kali pertama hingga ketiga tu semuanya pasal starter engine problem...mmg haru tul... rasanya mau hampir 2K habis kat kete tu just to make get the car started....x masuk kos routine service. 

After that, in 2014 kete merah tu dapat hidup dengan bahagia lepas hampir 2 tahun merana. Sebelum tu, kete tue lah hantar azzam ke sekolah, hantar linda ke tempat kerja di bangi / kajang dan aku guna gi ke sekolah (UM). Mileage hampir 150 km Sehari, manalah x bengkok kete merah tu.

Mulai tahun 2014, linda ada kete viva baru..So, stress kete merah tu berkurangan dengan drastik. Some how, kete tu mati lagi atas jalan masa kitorang nak gi ke endah parade kul 9 malam..Kat traffic light simpang dari bukit jalil ke kesas highway. Rupanya, cluth cabel putus....So, kenalah uppa sekali lagi tolak kete ke tepi. Nasib baik masa tu malam...So, x lah busy sangat jalan dan x berpanasan menolak kete merah....from this point, Uppa berazam utk tukar kete yang more reliable...tak tau lepas ni, apakah kerosakan yang mungkin timbul. Memanglah tinggal beberapa bulan lagi nak habis bayar pinjaman kete tu tapi kalau asyik rosak je...mmg pokailah Uppa huhuhu.Sincee then, Uppa pun berazam lah utk tukar kete...kete yang jadi pilihan ialah kete yang ada rebat RM 3K, honda city.

Uppa jual kete merah tu dalam RM 2K je memandangkan kete tu pernah accident yang menyebabkan kerosakan pada sisi depan dan atas kete...kete tu pernah accident masa Uppa kat UK, terlanggar lembu.

Dapat let go kete tue pun dah kira bersyukur pasal ada jugak kerisauan yang kete tu x lepas puspakom pasal kete tu ada tanda sedikit kete potong disebabkan kemalangan yang pernah dialami oleh kete tu.

Walaubagaimanapun, Uppa nak ucap terima kasih atas  perkhidmatan kete merah dari 2006 hingga 2007 dan 2011 hingga 2014. Ramai orang kata, kete Uppa tu warna oren pasal warna merah kete yang pudar setelah hampir 9 tahun. Walaupun sempat 5 tahun bersama kete tu, besar jasa kete merah tu. sentimenal lak Uppa huhuhu....

Kalau nak beza pemanduan kete honda dan saga,mmg macam langit dan bumi pasal kete honda tu automatic dan proton saga tu manual. Senang cikit jalan masa jem..pemanduan lebih selesa tapi bayar dengan bank lebih cikit...dalam RM 800 lebih sebulan for 9 years...hutang lagi....huhuhu





1 ulasan:

  1. Kete mati tgh2 jln tu, plg menakutkan...
    Best arr Honda city, meluncur laju la nk pi kuliah.

    Eh eh background masjid Hasanah plak, hihi

    BalasPadam